clock

Monday, 28 November 2011

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIMPULAN BAHASA


Sebelum melakukan pengajaran, saya berusaha untuk memilih tajuk yang akan saya ajar melalui silibus Bahasa Cina. Akhirnya, saya telah memilih tajuk simpulan bahasa dan menentukan kemahiran bercerita untuk mengajar simpulan bahasa. Ini kerana kebanyakan simpulan bahasa cina berasaskan dari cerita yang berkenaan, kemahiran bercerita dapat membantu murid mengingati makna simpulan bahasa dengan mudah. Beberapa persedian telah saya lakukan seperti perancangan RPH makropengajaran, maklumat berkenaan simpulan bahasa, gambar-gambar, video-video dan bahan bantu mengajar yang lain.

Semasa
Pada permulaan pengajaran saya membahagikan murid kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan diminta membincangkan isi gambar dan seterusnya membentangkan hasil mereka. Dalam aktiviti ini saya dapati murid-murid bekerjasama antara satu sama lain dan dapat memberikan idea-idea masing-masing. Semasa pembentangan pula, saya dapati suara murid kecil dan kurang jelas dan saya cuba meminta wakil kumpulan untuk menceritakan isi gambar dengan suara yang lantang, tetapi suara murid agak kecil dan lokasi kelas saya di tepi jalan raya, maka bunyi kenderaan yang bising menyebabkan saya terpaksa mengulang semula pembentangan murid, tetapi murid didapati menumpukan perhatian untuk mendengar cerita simpulan bahasa. Pada akhir P&P, saya menayangkan video-video simpulan bahasa, murid didapati bersuka ria kerana cerita-cerita simpulan bahasa tersebut agak menarik. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam P&P, tetapi P&P dapat dijalankan dengan lancar.

Selepas
Selepas P&P hari ini, saya dapati beberapa kelemahan pengajaran saya. Yang pertama, bahan bantu mengajar saya iaitu gambar dan kad imbas kurang besar, ini menyebabkan pelajar yang duduk di belakang tidak dapat melihat gambar dengan jelas. Untuk mengatasi masalah ini, lain kali saya akan berusaha sedaya upaya untuk mencari gambar yang besar dan jelas serta membesarkan perkataan pada kad imbas atau menjalankan P&P dengan bantuan perisian powerpoint. Kelemahan yang kedua ialah pengurusan masa. Dalam P&P ini, saya tidak dapat mengurus masa dengan baik dan ini menyebabkan sebahagian murid kekurangan masa untuk menyiapkan lembaran kerja dan ada sebahagian murid tidak dapat menjawab soalan pada lembaran kerja. Hal ini membuktikan terdapat sebahagian murid masih tidak dapat menguasai kemahiran P&P. Bagi mengatasi masalah ini, saya akan merancang isi P&P dengan lebih teliti supaya aktiviti P&P dapat dijalankan dalam masa yang ditetapkan. Tambahan lagi, saya dapati bahawa suara murid kecil dan kurang jelas. Apabila menjalankan pengajaran, saya meminta wakil kumpulan untuk menceritakan isi gambar, tetapi suara murid agak kecil dan lokasi kelas saya di tepi jalan raya, maka bunyi kenderaan yang bising menyebabkan saya terpaksa mengulang semula pembentangan murid. Dalam hal ini, nampaklah murid kurang keyakinan diri dan terdapat isi perbincangan murid kurang memuaskan dan saya perlu memberi penerangan tambahan. Untuk menyelesaikan masalah ini, Pada P&P yang akan datang, saya akan menggunakan pembesar suara bergerak dan mikrofon supaya murid di belakang dapat mendengar suara kawan mereka dengan jelas. Kelebihan pengajaran hari ini ialah viseo-video yang ditayangkan dapat menarik perhatian murid dan mengukuh pembelajaran hari ini.  Kelebihan saya yang kedua pula ialah suara saya agak lantang dan jelas, murid dapat mendengar arahan dengan jelas. Tambahan lagi, interaksi antara saya dengan murid dan murid dengan murid agak memuaskan. Kesimpulannya, P&P ini telah dilaksanakan dengan lancar dan berjaya. Melalui P&P ini terdapat beberapa perkara yang perlu saya memgambil berat dan memperbaiki lagi.

RANCANGAN PENGAJARAN SIMPULAN BAHASA BAHASA CINA


MASA             : 9:00a.m. – 10:00 a.m. (60Minit)
HARI               : KHAMIS
SUBJEK         : BAHASA CINA, TAHUN 4
TEMA              : TATABAHASA
TOPIK             : SIMPULAN BAHASA                                     

OBJEKTIF AM:
Pelajar dapat memahami erti dan penggunaan simpulan bahasa.

OBJEKTIF KHUSUS:
Pada akhir pelajaran dan pengajaran ini para pelajar dapat:
Memahami dan menyatakan erti keenam-enam simpulan bahasa dan penggunaannya dengan mengisi tempat kosong berdasarkan keenam-enam simpulan bahasa tersebut dengan betul.

PENYERAPAN NILAI MURNI:
Bekerjasama, berani mencuba, sedia untuk belajar

KEMAHIRAN BERFIKIR:
Menghubungkaitkan

BAHAN BANTU MANGAJAR:
Kad imbas, gambar, contoh ayat, kad ayat, kamus, video simpulan bahasa, Laptop, LCD projektor

KEMAHIRAN PENGAJARAN:
SET INDUKSI.
Guru memulakan pelajaran dengan menunjukkan sekeping gambar. Murid-murid diminta menulis perkataan yang berkenaan dengan gambar di atas papan hitam. Guru meminta murid gabungkan keempat-empat perkataan tersebut dan baca sekali perbendaharaan kata tersebut. Guru membimbing murid menyatakan bahawa  pembelajaran hari ini adalah simpulan bahasa.

PERKEMBANGAN.
LANGKAH 1.
       Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan.
       Guru mengagihkan sehelai gambar kepada setiap kumpulan.
       Murid diminta memerhati gambar dan berbincang isi gambar dalam kumpulan masing-masing.
       Guru meminta wakil kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing.

LANGKAH 2.
       Guru menunjukkan kad imbas dan membimbing murid membaca simpulan bahasa yang tersenarai pada kad imbas.
       Guru meminta murid memadankan gambar dengan simpulan bahasanya.
       Guru membimbing murid membaca keenam-enam simpulan bahasa tersebut.

LANGKAH 3.
       Murid diminta menggunakan kamus untuk mencari makna simpulan bahasa kumpulan masing-masing.
       Guru meminta murid-murid untuk membaca makna simpulan bahasa kumpulan masing-masing.
       Guru memberi penjelasan makna dan memberi contoh ayat tentang simpulan bahasa tersebut dan murid baca contoh ayat.

LANGKAH 4.
       Guru mengagihkan lembaran kerja kepada murid dan murid diminta memadankan
makna dengan simpulan bahasanya dan mengisi simpulan bahasa yang betul pada ayat yang berkenaan.
       Guru membincangkan jawapan dengan murid.
       Murid diminta membaca jawapan mereka.

PENUTUP.
       Guru menayangkan video simpulan bahasa dan murid menonton cerita yang berkaitan  dengan simpulan bahasa sebagai pengukuhan.

RANCANGAN PENGAJARAN FONETIK BAHASA CINA


TARIKH           : 12 OKTOBER 2011
MASA              : 9.30-9.40 (10 MINIT)
HARI               : RABU
SUBJEK         : BAHASA CINA TAHUN 4
TEMA              : TATABAHASA
TOPIC            : FONETIK BAHASA CINA
                                     
OBJEKTIF AM:
Pelajar dapat memahami fonetik bagi tiga perkataan yang mempunyai penyebutan yang sama.

OBJEKTIF KHUSUS:
Pada akhir pelajaran dan pengajaran ini para pelajar dapat:
Memahami fonetik bagi tiga perkataan yang mempunyai penyebutan yang sama dan memberi sekurang-kurangnya satu contoh lain.

PENYERAPAN NILAI MURNI:
Berani mencuba, sedia untuk belajar

KEMAHIRAN BERFIKIR:
Menghubungkaitkan, mengelaskan dan mengkategorikan

BAHAN BANTU MANGAJAR:
Seni kata nyanyian fonetik

KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO:

LANGKAH 1.
       Guru menunjukkan cara menyanyi lagu fonetik.
       Murid menyanyikan lagu fonetik tersebut.
LANGKAH 2.
       Guru memberi penerangan terhadap konsep fonetik bagi tiga perkataan yang mempunyai penyeutan yang sama.
       Guru memberi contoh kepada murid.

LANGKAH 3.
       Murid diminta member contoh lain yang berkaitan tiga perkataan yang mempunyai penyebutan yang sama dan menyatakan fonetiknya.

PENUTUP.
       Murid diminta menyanyi semula lagu fonetik.