clock

Saturday, 19 November 2011

Rakaman Video P&P Fonetic Bahasa Cina




REFLEKSI PENGAJARAN

Sebelum melakukan pengajaran, saya telah berusaha untuk memilih tajuk yang akan saya ajar melalui silibus Bahasa Cina. Akhirnya, saya telah memilih tajuk fonetic dan menentukan kemahiran menyanyi untuk mengajar fonetic. Beberapa persedian telah saya lakukan seperti perancangan RPH mikropengajaran, maklumat berkenaan dan bahan bantu mengajar.

Semasa
Saya menjalankan pengajaran mikro ini di dalam bilik darjah 4B. Mikropengajaran ini dijalankan dengan lancar dan sempurna. Murid didapati berseronok-seronok semasa menyanyikan lagu fonetik. Sebelum ini, murid telah mempelajari asas fonetik bagi tiga perkataan yang mempunyai penyebutan yang sama, oleh itu, isi pengajaran mikro ini mudah untuk murid menguasainya. Saya menggunakan lagu untuk menarik perhatian murid. Dalam pengajaran mikro ini, saya dapati interaksi di antara murid dengan saya kurang memuaskan kerana kebanyakkan masa adalah penerangan saya. Murid didapati kurang aktif dalam P&P. Selain itu, suara murid agak kecil dan saya dapati murid kurang yakin diri semasa memberikan contoh-contoh lain dan memerlukan bimbingan saya walaupun sebelum ini mereka pernah mempelajari kemahiran fonetic ini.

Selepas
Kesimpulan dan rumusan yang boleh saya buat dalam aktiviti ini ialah objektif pengajaran mikro ini telah tercapai. Sebagai seorang guru, kita haruslah mempelbagaikan kaedah mengajar supaya tidak membosankan murid supaya matlamat pengajaran tercapai.

No comments:

Post a Comment