clock

Monday, 28 November 2011

RANCANGAN PENGAJARAN SIMPULAN BAHASA BAHASA CINA


MASA             : 9:00a.m. – 10:00 a.m. (60Minit)
HARI               : KHAMIS
SUBJEK         : BAHASA CINA, TAHUN 4
TEMA              : TATABAHASA
TOPIK             : SIMPULAN BAHASA                                     

OBJEKTIF AM:
Pelajar dapat memahami erti dan penggunaan simpulan bahasa.

OBJEKTIF KHUSUS:
Pada akhir pelajaran dan pengajaran ini para pelajar dapat:
Memahami dan menyatakan erti keenam-enam simpulan bahasa dan penggunaannya dengan mengisi tempat kosong berdasarkan keenam-enam simpulan bahasa tersebut dengan betul.

PENYERAPAN NILAI MURNI:
Bekerjasama, berani mencuba, sedia untuk belajar

KEMAHIRAN BERFIKIR:
Menghubungkaitkan

BAHAN BANTU MANGAJAR:
Kad imbas, gambar, contoh ayat, kad ayat, kamus, video simpulan bahasa, Laptop, LCD projektor

KEMAHIRAN PENGAJARAN:
SET INDUKSI.
Guru memulakan pelajaran dengan menunjukkan sekeping gambar. Murid-murid diminta menulis perkataan yang berkenaan dengan gambar di atas papan hitam. Guru meminta murid gabungkan keempat-empat perkataan tersebut dan baca sekali perbendaharaan kata tersebut. Guru membimbing murid menyatakan bahawa  pembelajaran hari ini adalah simpulan bahasa.

PERKEMBANGAN.
LANGKAH 1.
       Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan.
       Guru mengagihkan sehelai gambar kepada setiap kumpulan.
       Murid diminta memerhati gambar dan berbincang isi gambar dalam kumpulan masing-masing.
       Guru meminta wakil kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing.

LANGKAH 2.
       Guru menunjukkan kad imbas dan membimbing murid membaca simpulan bahasa yang tersenarai pada kad imbas.
       Guru meminta murid memadankan gambar dengan simpulan bahasanya.
       Guru membimbing murid membaca keenam-enam simpulan bahasa tersebut.

LANGKAH 3.
       Murid diminta menggunakan kamus untuk mencari makna simpulan bahasa kumpulan masing-masing.
       Guru meminta murid-murid untuk membaca makna simpulan bahasa kumpulan masing-masing.
       Guru memberi penjelasan makna dan memberi contoh ayat tentang simpulan bahasa tersebut dan murid baca contoh ayat.

LANGKAH 4.
       Guru mengagihkan lembaran kerja kepada murid dan murid diminta memadankan
makna dengan simpulan bahasanya dan mengisi simpulan bahasa yang betul pada ayat yang berkenaan.
       Guru membincangkan jawapan dengan murid.
       Murid diminta membaca jawapan mereka.

PENUTUP.
       Guru menayangkan video simpulan bahasa dan murid menonton cerita yang berkaitan  dengan simpulan bahasa sebagai pengukuhan.

No comments:

Post a Comment