clock

Monday, 28 November 2011

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIMPULAN BAHASA


Sebelum melakukan pengajaran, saya berusaha untuk memilih tajuk yang akan saya ajar melalui silibus Bahasa Cina. Akhirnya, saya telah memilih tajuk simpulan bahasa dan menentukan kemahiran bercerita untuk mengajar simpulan bahasa. Ini kerana kebanyakan simpulan bahasa cina berasaskan dari cerita yang berkenaan, kemahiran bercerita dapat membantu murid mengingati makna simpulan bahasa dengan mudah. Beberapa persedian telah saya lakukan seperti perancangan RPH makropengajaran, maklumat berkenaan simpulan bahasa, gambar-gambar, video-video dan bahan bantu mengajar yang lain.

Semasa
Pada permulaan pengajaran saya membahagikan murid kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan diminta membincangkan isi gambar dan seterusnya membentangkan hasil mereka. Dalam aktiviti ini saya dapati murid-murid bekerjasama antara satu sama lain dan dapat memberikan idea-idea masing-masing. Semasa pembentangan pula, saya dapati suara murid kecil dan kurang jelas dan saya cuba meminta wakil kumpulan untuk menceritakan isi gambar dengan suara yang lantang, tetapi suara murid agak kecil dan lokasi kelas saya di tepi jalan raya, maka bunyi kenderaan yang bising menyebabkan saya terpaksa mengulang semula pembentangan murid, tetapi murid didapati menumpukan perhatian untuk mendengar cerita simpulan bahasa. Pada akhir P&P, saya menayangkan video-video simpulan bahasa, murid didapati bersuka ria kerana cerita-cerita simpulan bahasa tersebut agak menarik. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam P&P, tetapi P&P dapat dijalankan dengan lancar.

Selepas
Selepas P&P hari ini, saya dapati beberapa kelemahan pengajaran saya. Yang pertama, bahan bantu mengajar saya iaitu gambar dan kad imbas kurang besar, ini menyebabkan pelajar yang duduk di belakang tidak dapat melihat gambar dengan jelas. Untuk mengatasi masalah ini, lain kali saya akan berusaha sedaya upaya untuk mencari gambar yang besar dan jelas serta membesarkan perkataan pada kad imbas atau menjalankan P&P dengan bantuan perisian powerpoint. Kelemahan yang kedua ialah pengurusan masa. Dalam P&P ini, saya tidak dapat mengurus masa dengan baik dan ini menyebabkan sebahagian murid kekurangan masa untuk menyiapkan lembaran kerja dan ada sebahagian murid tidak dapat menjawab soalan pada lembaran kerja. Hal ini membuktikan terdapat sebahagian murid masih tidak dapat menguasai kemahiran P&P. Bagi mengatasi masalah ini, saya akan merancang isi P&P dengan lebih teliti supaya aktiviti P&P dapat dijalankan dalam masa yang ditetapkan. Tambahan lagi, saya dapati bahawa suara murid kecil dan kurang jelas. Apabila menjalankan pengajaran, saya meminta wakil kumpulan untuk menceritakan isi gambar, tetapi suara murid agak kecil dan lokasi kelas saya di tepi jalan raya, maka bunyi kenderaan yang bising menyebabkan saya terpaksa mengulang semula pembentangan murid. Dalam hal ini, nampaklah murid kurang keyakinan diri dan terdapat isi perbincangan murid kurang memuaskan dan saya perlu memberi penerangan tambahan. Untuk menyelesaikan masalah ini, Pada P&P yang akan datang, saya akan menggunakan pembesar suara bergerak dan mikrofon supaya murid di belakang dapat mendengar suara kawan mereka dengan jelas. Kelebihan pengajaran hari ini ialah viseo-video yang ditayangkan dapat menarik perhatian murid dan mengukuh pembelajaran hari ini.  Kelebihan saya yang kedua pula ialah suara saya agak lantang dan jelas, murid dapat mendengar arahan dengan jelas. Tambahan lagi, interaksi antara saya dengan murid dan murid dengan murid agak memuaskan. Kesimpulannya, P&P ini telah dilaksanakan dengan lancar dan berjaya. Melalui P&P ini terdapat beberapa perkara yang perlu saya memgambil berat dan memperbaiki lagi.

No comments:

Post a Comment